Seniman Bujang Lapok (1961)

SINOPSIS

Kisah kali ini memaparkan Bujang Lapok yang menganggur berusaha untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka tinggal di dalam satu rumah yang besar dan dihuni bersama beberapa kelamin beraneka bangsa dan ragam.

Suatu hari, setelah melihat siar raya (iklan) bagi filem terbaru Shaw Brothers Limited, mereka mendapat ilham untuk menjadi seniman. Merekapun bersiap-siap untuk pergi ke studio Jalan Ampas.

Di sana Manager Che Kemat Hassan, pengurus studio tidak menolak lamaran mereka untuk berkhidmat sebagai seniman. Mereka dibawa berjumpa dengan Director Ahmad Nesfu untuk discreen test.

Sakit jiwa, itulah yang dirasai oleh Director apabila menjalankan proses screen test. Lain yang disuruh lain yang dibuat. Di bawah sinaran bulan purnama diganti dengan di bawah sinaran lampu minyak tanah. Suruh ikut dialog, memandai-mandai buat dialog sendiri. Macam-macam karenah Bujang Lapok.

Namun begitu Manager amat berpuas hati walaupun Director seperti tidak bersetuju. Apa pun Bujang Lapok kini sudah bergelar 'Seniman'.

Ramlee dan Salmah bercengkerama di taman. Berkasih sambil bergurau senda. Setelah itu, Ramlee pulang ke rumah. Di rumah Sudin dan Aziz sedang giat menghafal dialog untuk esok.

Suasana aman dan tenteram tidak pernah dialami di rumah yang penuh sesak itu. Kasihan mereka kerana sukar unutk menumpukan perhatian. Kalau si suami dan 2 orang isterinya tidak berkelahi dengan suara yang kuat, maka bunyi tiupan trompet yang sumbang dari satu bilik yang lain. Jerit pekik, bunyi motosikal, bunyi radio dan banyak lagi.

Esoknya mereka berlakon. Oleh kerena karenah mereka yang memeningkan kepala Director itu telah menyebabkan Director sendiri pengsan. Apalah nasib mereka menjadi seniman. Mereka menjalani kerja dan kehidupan seperti biasa.

Ada satu lagi masalah besar. Ramlee cintakan Salmah dan mahu berkahwin dengannya. Tetapi Ramlee tidak mempunyai wang. Sementara itu, Salmah disuruh ibunya untuk berkahwin denga Shariff Dol, seorang samseng yang kaya dan berpengaruh.

Sedar akan saingannya yang hebat, Ramlee berusaha untuk meraih Salmah. Ramlee dan Shariff Dol berjumpa satu lawan satu. Itupun Ramlee pengsan dibelasah teruk.

Pertunangan Salmah dan Shariff diputuskan apabila ibu Salmah mengetahui hal yang sebenar. Shariff Dol bilang, jangan menyesal Salmah. Berita ini disambut gembira oleh Ramlee.

Sebagai rakan sebilik Ramlee, Sudin menolong dengan batu ajaibnya. Apalah nasibnya. Diharapkan $350 tetapi yang dapat cuma $5 saja daripada Manager Kemat Hassan.

Mujurlah Salmah mempunyai wang simpanan dan dapat menyelamatkan keadaan. Setelah puas bercengkerama mereka pun pulang. Mereka terperanjat apabila mendapati bahawa rumah mereka sedang galak dijilat api. Bagaimana apa itu bermula? Adakah ia dinyalakan orang? Terfikir oleh Salmah ia perbuatan Shariff Dol. Mereka berkumpul beramai-ramai. Kemudian mereka ke rumah Shariff Dol.

Di rumah Shariff Dol, Ramlee telah membelasah Shariff secukup-cukupnya sehingga Shariff menyerah kalah. Tindakan Ramlee ini berikutan penemuan dompet Shariff Dol berhampiran rumah mereka. Shariff ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.

Sesudah itu, Salmah membawa berita gembira buat Ramlee. Mereka boleh berkahwin kerana duit yang disangkakan terbakar sebenarnya telah selamat disimpan oleh ibunya di Pejabat Pos.


Antara scene/sedutan dalam filem ni

P/S : Bagi aku filem Seniman Bujang Lapok ni antara filem terbaik P.Ramlee.Bagi aku la,...hehehe banyak yang scene kelakar dalam filem ni.

0 comments